Wednesday, March 28, 2012

Pembahagi Ruang Rumah


Update Pantas

Alhamdulillah, rumah hampir 70% siap. Penatnya mengecat rumah. Lupa nak bawa kabel, so tak boleh nak transfer gambar. Petang ini akan sambung untk cat lagi 2 bilik tidur. 1 bilik di atas, 1 lagi bilik di bawah tu. Balik kerja terus pegi cat rumah. Serius, dah rasa macam tukang cat pro dah. Saye pun cat sekali hoke. Kalau nak biarkan En Suami sahaja, harus la lambat lagi siap. Buat berdua kan lebih cepat :) 

Kami masih menunggu khabar gembira. Kot-kot la dapat duit bonus ke hujung minggu nie. Jika dapat, projek menyambung bahagian dapur akan diteruskan. Sambung dapur dulu, kitchen kabinet belum lagi. Itu kena tunggu bonus tahun depan pula. 

Ada kesah dengan orang sebelah rumah. Adoiii. Sungguh tak best kan. Tapi nak buat macam mana. Dah rumah intermediate, so kena la berjiran jugak. 

Thursday, March 22, 2012

Kini Selesai


Hi Blog!
Punya la lama bersarang blog ni.
Ok, update pantas. Ingat post saye yang ini?
Alhamdulillah tingkap pun dah siap. Sekejap jer ambil masa nak siapkan tu. Tapi bila dah siap tu, baru perasan yang saiz tingkap tidak seperti yang kami inginkan. Sepatutnya, mahu tingkap panjang, macam di bawah nie. 



Ni Design rumah kat Olak Lempit :) 

Friday, March 2, 2012

Belum Selesai


As salam dan Hai

Ketika menulis entri ini, rumah kami boleh dikatakan 70% sudah siap. Saja nak tunjuk gambar-gambar rumah dalam work in progress. Rumah kami beli ini rumah 2nd Hand. Itu aje yang termampu dan lokasi di Puchong. Seronok bila ada rumah sendiri. Kami beli dengan hasil titik peluh selama kami bekerja. Pelbagai dugaan kami harungi untuk memastikan rumah ini milik kami. Entah kenapa, laluan kehidupan kami agak mencabar selepas kawen. Owh tidak. Kami tidak punya masalah, cuma kami tidak bernasib baik seperti orang lain. Tapi kami tetap bersyukur. Bersyukur sangat sebab apa yang kami inginkan, kami dapat walaupun tempoh masa itu agak lama!

Major renovation yang kami buat hanyalah proses penukaran pintu rumah di bahagian depan kepada tingkap. Rumah kami pelik sket, tiada tingkap. Cuma ada 1 pintu dan sliding door. Jadi lepas nie nak masuk rumah, ikut sliding door la. Kami mempunyai perancangan yang lebih baik untuk sliding door di masa akan datang.