Monday, February 27, 2012

RonaRoniRumahKami


As salam dan Hi Semuaaa (rasanya korang berdua je pembaca aku hehehe) 

Dengan rasminya semalam, 27 Februari 2012, blog ronaronirumahkami di tubuhkan. Serius kelakar hoke nama ni. Tapi tak pe la. Mengambil blog rumah Xora sebagai sumber inspirasi, jadi dengan adanya blog ini, bolehlah ada sedikit kenangan untuk rumah baru kami. 

Alhamdulillah, minggu lepas dah dapat kunci setelah hampir 8 bulan proses pembelian rumah mengambil masa! 
Lama kan? Rezeki kami kurang baik kot dapat lawyer yang kurang membantu. Tapi takpe, alhamdulillah semuanya dipermudahkan di akhir-akhir sebelum dapat kunci. Di mana rumah saye? Jenis apa? Harga? Baru atau 2nd hand home (apesal nak tulis rumah terpakai macam tak sedap je bunyi nya). Ini semua nanti saye ceritakan. Lebih excited untuk memaparkan gambar sebelum rumah dicat dan selepas dicat (owh, cat mahal hoke). 


Jom tengok idea cat untuk rumah. Google Keywords: house paint



Bercita-cita mahu letak gambar2 kami di tangga dinding.
Tapi perlu pilih cat yang sesuai.

Untuk rumah kami, kami pilih warna seakan-akan rumah di AmanPutra Puchong. Ini rumah untuk fasa baru. 
Memang cantik dan besar rumahnya. Tapi harga??? Mahal hoke. 




Jumpa lagi! 

ReenReem 

No comments: