Wednesday, December 26, 2012

What's New in Our Home


Salam dan Hi 

Berhabuk yer blog? Hehehe Akan ku cuba sedaya upaya untuk mengupdate yer :) Sorry, kacukan bahasa berlaku :p Saye berada di zon bahaya kerana terlalu terlalu suka membeli barang sejak akhir-akhir ini. Sangat bahaya :) biasa la hujung tahun kan :) Hehehe

Anyway, ini yang baru untuk di rumah. Kami beli lampu baru untuk tempat makan. Ikutkan nak beli yang ada kipas sekali. Tapi so far mencari, takde yang suka. Since saye ni memang kemaruk sangat nak lampu kaler kuning, jadi alang-alang beli lampu baru terus (padahal boleh aje tukar mentol je kan). Tapi ada sebab tukar lampu meja makan. Sebab yang dulu tu panas. Memang sgt panas. Sebab ia direct ke atas kepala kita. Erm, korang tengok sendiri. 

Lampu sebelum ini. Boleh diubah kedudukannya.


Tuesday, December 18, 2012

Sunday, November 11, 2012

Tupperware: Pasta Mate Limited Release

Hi Semua...

I'm letting go 1 of my (NEW) Pasta Mate Limited Release at RM25 (not including postage). 
SOLD




You will get the NEW One. Dont worry.

Interested, please email me at reentartnenas@gmail.com or leave a comment.


Thanks 

Reen 

Thursday, October 25, 2012

Lalang Kembali

Hi Semua! Salam Aidil Adha.

Blog ini pun dah bersawang dah :) Tiada progress rumah. Ada la sket-sket tapi macam tak perlu update pun. Hahaha Meh tengok gambar ni. 

Belakang Rumah Saye

Saturday, September 22, 2012

Susun Atur Pinggan Mangkuk


As salam dan Hi, 

Susun atur rumah masih seperti sama, cuma saye ada tambah hiasan ini baru-baru ini. Post di sini Hiasan Baru weeeee. Untuk minggu lepas, saye pegi ke Daiso di Setia City Mall (best hoke mall ni, sila la pegi). Jadi saye beli tempat letak pinggan ataupun pengetus pinggan (drainer). Saye beli 2. Jadi kos nya hanya RM10 (1=RM5).



Saye tak gunakan sebagai pengetus pinggan (drainer), tapi saye guna untuk letak pinggan. Sebelum ni, saye simpan macam ni aje.

Friday, September 21, 2012

Wednesday, September 19, 2012

Clothes Folding


Something to share and for myself to reorganize my closet hehehe


How to fold a shirt

Monday, September 10, 2012

Hiasan Baru weeeeeeeeeeeeee

Kita bersiaran kembali.

Macam-macam hal jadi sepanjang bulan Raya ini. Dugaan untuk saye ni. Tapi takpelah. Kita perlu redha, pasrah dan juga berusaha :) Berharap itu masih perlu :)

Ok, cukup. Cerita pasal rumah la. Selain dari lalang memenuhi laman saye yang cantik di post Laman Ku Nan Indah, ingat tak post saye di sini Yang Baru Yang Pokai? Console table saye yang togel. Tadaaa saye dah tambah aksesori baru.

Ok, ini gambarnya. Saye tak pandai ambil gambar. So ini yang asli je la :)

Cermin + Bunga


Tuesday, August 7, 2012

Yang Baru Yang Pokai


Bersambung dari entri Meja Makan ini, so ini meja makannyer. Simple aje. Tapi berat hoke. Hajat dihati nak beli yang meja makan jenis marmar tu. Tapi sebab dah takde sales, so harga semua 2K ke atas. So kite beli yang murah aje, janji besar :)


Meja makan ku togel je. Sebab baru je dapatkan. Makk tak sempat hoke nak pegi JJ ke Tesco ke. So togel aje dulu. Alas meja makan lama xmuat, pasal yang dulu kecik je. 



Thursday, August 2, 2012

Meja Makan

Meja makan baru dah sampai semalam. Terus rumah kami nampak sempit! Mungkin meja makan itu terlalu tinggi kot. Dan of course besor! Pagi tadi bersahur, secara rasmi telah makan di meja baru. Seriusss, rasa macam alone je. Herm, faham tak alone? Pasal kami berdua je, dan meja makan besor. Herm, takpe la. Itu luahan perasaan - kena cite kat blog lain. hehehe 

Gambar?
Nanti la. Hahaha 


Bye!

p/s: rasanya tema rumah kami adalah Oren + Black + Grey kot!

Susun Atur Frame Gambar

pinterest


Harap membantu! 

Yeayyy hari ni meja makan baru dan juga console table akan sampai! Takde la lawa sangat pun. Tapi untuk meja makan tu saye rasa best sebab ia lebih besar dari yang ada skang :) 
Nanti ya saye update. Janji! 





Thursday, July 26, 2012

Makanan Feveret - Sambal Jering


Pernah makan sambal jering? Rasanya jarang kot orang makan. Ini memang feveret saye dan speciality mama saye. Owh sedapnyerrr. Best ni makan time berbuka or sahur.


Ini guna jering tua. Lepas tu kena tumbuk2. Keras la. So kena tumbuk kuat-kuat la. Hehehe Ada yang  minta saye jual. Memang nak. Tapi tak larat nak tumbuk. 
Harga bayar tu macam tak berbaloi je untuk tumbuk tu. Hehehe

Macam - Macam + Serba Tak Kena


Hi Semua! 

Selamat Berpuasa yer. Tahun kedua saye berpuasa sebagai isteri. Tahun ni berkobar-kobar nak masak juadah berbuka dan juga pegi terawikh. Tahun lepas terlantar jer. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik tahun ni. 

Ok, sebelum puasa hari tu, sempat kemas-kemas rumah sket. Jadi berkobar-kobar nak cuba resipi SENANG BANGAT ini. Tak ingat nama resipi. Xora yang bagi. hehehe bahan-bahan semua yang ada kat rumah. Tapi peliknya guna microwave je untuk membakarnya. Ntah la. Saye mmg penakut dan tak reti la pakai microwave + oven bagai. 

Tuesday, July 17, 2012

Mana Nak Simpan

Tiada update.

Sebab? Malas. Hahaha

Tapi ada soalan. Macamana yer korang simpan lada kecil / halia / kunyit / lengkuas?
Saye tengok, walaupun di simpan dalam peti ais, pasti nanti dia mcm buruk jugak. 
Kalau letak di luar peti ais, lagi la kan. Mungkin korang ada tips ke nak share. Stress jugak setiap kali guna nak kena beli. Lagipun bila kite beli kan, macam dalam paket kan.

Tuesday, July 3, 2012

Wish List Yang Tertangguh

Owh! Saye baru balik dari Kuantan. Outstation untuk 2 hari. Alhamdulillah, siap semuanya. Jadi program wish list yang di post ini tertangguh. Minggu ni dan minggu depan ada sukan pulak di ofis, adoiii. Stress makkk. Ikea dah memanggil-manggil tu. Camne?

Ok, later la.

Thursday, June 28, 2012

Organizing: Ruang Penyimpanan


Hi

Terlalu mengagumi iHeartOrganizing. Cuba korang tengok.

Saye berjaya membeli rak ini dari Cosway.Murah sahaja. RM29.90+RP (rp kena minta ehsan dealer la :)


Berbelah bahagi la nak buat tempat simpan sabun/kelengkapan bilik mandi ataupun tempat letak botol kicap sos semua. Tapi rasanya, memang confirm la letak sabun :)

Saturday, June 23, 2012

Wish List


Hi 

Belum ada apa-apa yang saye perlu update untuk rumah setakat ini. Tiada apa yang berubah dan bertambah, masih sama. Tapi, ya, saye masih berhutang post mengenai Rak Ikea ini. Apa yang saye letak di rak tersebut? Nanti ok :)

Saye masih ada beberapa (sebenarnya banyak :p) barang-barang yang saye rasa perlu dibeli untuk membantu saye memperkemaskan lagi rumah baru saye ini. Kekangan DUIT haruslah menjadi punca kenapa semua nya tidak boleh dibeli sebelum pindah rumah. Duit yang kami simpan untuk persediaan rumah baik, baik dari membayar duit muka rumah, sehinggalah ke duit lawyer, duit repair rumah sket2, bina tembok tengah, kos pindah barang, pasang tinted, semuanya telah habis digunakan. Digunakan secara berhemah yer. Penting untuk ada simpanan untuk rumah. 

Thursday, June 21, 2012

Peti Sejuk & Tembikai


Patutnya beli peti sejuk ni

sumber: Google



Tembikai jangan lupa bungkus dengan plastik kalau dah potong. Ataupun potong kecik-kecik, letak dalam Tupperware.

sumber: Food Channel



Wednesday, June 20, 2012

Susun Dengan Kemas

Hi

From this



To this



Sumber: thriftydecorchick


Terus rasa semangat nak kemas peti sejuk kat rumah tu. Banyak benorrr plastik dalam tu.

Hehehe

Saturday, June 16, 2012

Renovate Dapur

Ikea

I wish!

Jiran saye baru dalam proses renovate dapur, extend ke belakang, alihkan toilet bawah. Harga, RM30K!


Sila pengsan. Owh, mana la mahuk kami cari duit banyak tu?

Bye!

Sunday, June 10, 2012

Laman Ku Nan Indah - sambungan tokkkkk

As salam dan Hi

Bersambung dari post ini, kami ke Sg Buloh. Tak pergi jauh, cuma pergi kedai2 kat tepi jalan. Ada orang kata, kalau masuk ke dalam sket, lebih murah. Tapi memikirkan kami nak beli pun tak banyak, so memadailah di tepi2 aje. Jadi kami beli lagi batu-batu putih. 
5 beg lagi kami beli. Harga murah sket, RM15. Kalau yang batu hitam tu, memang mahal la. 1 beg RM30. Mula-mula nak beli jugak, tapi memikirkan, itu hanya untuk naikkan seri je, kami hold dulu. Sambil2 tu, saye beli juga pokok2 :) Pasu dia, 3 RM10. 


masih byk ruang kosong. tapi poket pun dah kosong.
jadi cukuplah itu dulu yer. 

Tuesday, May 29, 2012

Laman ku Nan Indah


Hahaha mood minggu nie happy jer. Hahaha

Hasil sempurna...

nak tiru minta izin yer. hahaha. 

Merujuk kepada post yang ini, saye dan En B berjaya siapkan idea spontan En B tu. Katanya, bangun pagi, tetiba jer terus nak buat. Nak mula cerita dari mana yer. Herm, kite mulakan dari Hari Pertama la, iaitu Sabtu. Sila jangan bosan baca ok :)

Sunday, May 27, 2012

Laman Depan Spontan Idea!

Hi 

Hari ni saye happy. Sebab tanah sekangkang kera yang di tepi porch tu dah siap di deco. Idea spontan. Beli-beli barang. Tadaaa terus siap. Disebabkan taknak tanam rumput karpet / mutiara, jadi kami opt untuk letak batu-batuan ini. Details, nanti saye cerita kemudian yer. Sementara tu, boleh tengok gambar ni dulu. 

Makk exciteddd hokeee.

cantik tak? cantik tak?


semalam rasa macam nak tido kat luar jer :)

Bye!

Friday, May 25, 2012

Proses Mengemas Laman Rumah


Laman rumah kami kecil je. Tapi bolehlah nak bercucuk tanam. Hehehe malas menguasai diri bila bab menanam :)

Ini laman belakang sebelum ditebas semua lalang-lalangnya. Gigih masa ni kami gunting je pasal bangla tu tak lalu pun depan rumah nak potong lalang ni.

Hampir setahun lalang itu hidup subur :) 

Akhirnya, bangla datang mesinkan lalang semua :)

yeayyyy! 


Jumpa lagi!

Nota kecil: Gigih mengumpul duit nak buat tembok belakang dan tepi sebelah kiri.

Sinki dan Rak

As salam dan Hi

Tahniah Nyomel sebab dah dapat rumah :) Selamat berpindah. Pindah rumah memenatkan hoke. Tapi seronok :)

Owh mengenai sinki ini?
masa nie belum pindah lagi 


Saye beli ini dekat kedai hardware biasa je. So saye cari yang dekat dengan rumah saye. So nanti just masuk jer kedai2 hardware yang jual macam-macam, dari barang untuk berkebun, tandas pun ada dan sinki pun ada. Make sure beli yang stainless steel. Tak ingat berapa saye beli untuk sinki dan rak biru tu. Tapi tak lebih RM150. Nanti bila sampai kedai, cuma tanya je pasal rak bawah tu. Saye tak suka sangat rak tu sebab nanti susun barang, nampak2 plak. Tapi takde pilihan kan. Plus, bajet mengekang. Jadi berpuas hati untuk ini dulu. Harap membantu Nyomel!

Sunday, May 20, 2012

Meja Makan

Hi

Pada ketika ini, meja makan yang besar amat diperlukan. Mungkin kerana rumah dah besar jadi punya banyak ruang. Kena kumpul duit nie. Huwaaa! Masih belum ada idea nak meja makan bagaimana. Tapi saye memang suka kan meja makan marble, segi empat, dan punya kusyen pada tempat duduknya. Tapi pegi tengok masa home deco, harga mak datuk, almost 4K!


Kesimpulan?

Kita berpuas hati dulu dengan meja makan sekarang ini aje yer Reen!

Friday, May 18, 2012

Rancangan Minggu Ini: Nilai/Ikea

Hi

Apa ye plan korang minggu ni? *Xora, aku tau ko nak g ikeahhh.


Esok pagi : Ada bowling kat One Utama. Anjuran ofis. Hahaha tak pandai main pun. Tapi masuk jugak pasal nak menang lucky draw :p 

Tengahari : Kena tengok baby cousin En Suami. Perasaan? No heart feeling. Hahaha congrats to both of them. Tapi tak sempat nak pegi beli hadiah. Camne? 

Petang : Balik rumah kot. Sambung kemas rumah. Tapi pegi Ikea pun best pasal dah dekat Damansara kan? 

Ahad : Pegi Nilai kot! Nak beli cermin besar. Owh ya, kat Nilai murah :) Jadi sementara kereta Babah masih ada dengan kami, lebih afdal kami ke sana :) 



Tuesday, May 15, 2012

Kontraktor Tak Guna - sambungan

Ingat post saye yang ini Kontraktor Hampeh

Korang serius jangan ambil orang nama Faizal, umur dalam 30an, alamat di Pandan Indah, tapi asal Kelantan. Hari tu masa beliau nak pasang tile, beliau terpaksa potong sket grill yang sedia ada kat rumah tu. So kena panggil orang grill la dan upahnya RM40. Dan selepas dah siap, kami bayar terus hoke RM40 tu. Dia kata orang grill tu kawan dia. Hampeh! Faizal penipu. Duit 40hengget aku pun ko nak amik. 

Rupanya dia tak bayar kat orang grill tu. Saya tahu bila budak grill tu datang and cakap tak terima duit lagi and budak tu ingat si Faizal adalah tuan rumah. Saye siap cakap kat budak tu, Faizal kata budak tu kawan dia. Dia kata dia tak kenal. Memang dasar penipu. Saye suruh budak tu call Faizal sebab memang saye dah bayar duit kat Faizal tu. 40 hengget je kot. Serius, aku tak miskin macam ko 40 hengget pun nak amik Faizal (aku tak takbur, tapi kenyataan). 

Tuppp Tuppp semalam En Suami cakap budak tu call, and cakap dapat no nie dari Faizal-Jantan-Tak-Guna tu. Budak tu cakap Faizal bagi no husband and minta duit dari husband saye. Saye memang sangat marah hoke. Ikutkan hati, memang nak message kat Faizal tu cakap ko tak guna, 40hengget pun nak amik. 

Korang mungkin akan suruh saye bersabar. Tapi memang sakit hati babe.

To Faizal. Ko memang tak guna. Aku memang tak halalkan satu sen pun duit yang ko amik dari kami, especially duit 40hengget yang aku boleh anggap sebagai ko curi dari kami. Serius, aku kesian kat ko, ko berniaga, tapi duit takde. Kalau ko takde duit, ko minta, tak perlu nak tipu duit orang. Serius, memang aku tak halal. Duit ko bagi anak bini ko makan, memang tak halal.

Sekian, Bye! 

I Hate Yuhhh! 

Thursday, May 10, 2012

Makanan Pertama Rumah Baru

Hi Semua! 

Ini makanan pertama saye masak masa mula-mula pindah di rumah baru. Hahaha! Nasi goreng jer senang. Cuma tambah udang galah laut tu. Beli masa balik Temerloh minggu sebelum tu. 


Nasi Goreng Udang Galah Laut!

Masa mula-mula kahwin dan duduk di Apt tu, makanan pertama saye masak ialah Nasi Goreng Cina. Hahaha masa tu makk nervousss hoke nak kasi suami makan. Sekarang??? Ada aku kesah sedap ke tak? Hahaha dia makan je :p 

Wednesday, May 9, 2012

Update: Rak Simpan Barang

Hi 

Berunifi di rumah sendiri. Hehehe baru kini berkesempatan nak update blog :) 
Ingat post ini Rak Simpan Barang? Ini saye tunjuk gambar selepas kemas. Hehehe 

Ini semua hadiah kahwin. Ada yang dah guna, ada yang belum. 

Ini pun ada yang belum susun lagi. Bilik bawah nie sekarang dah macam stor tak bertauliah dah. Hahaha dah hampir 2 minggu, rumah semua tak habis kemas lagi :) Kena panggil Bibik Xora datang tolong lagi nie. Hahaha!



Monday, May 7, 2012

Dapur

Supaya tidak berkubur, saye post sedikit gambar-gambar dapur yang saye fikir simple tapi praktikal juga.

1. Saye suka gas stove ini. Mungkin boleh consider untuk dapatkannya bila nak buat kitchen cabinet nanti. Jimat ruang juga. At least tak perlu ada 2 tempat untuk memasak dan oven. Tapi harga gas stove kat sini agak mahal la. lebih 1K hokeee. Pengsan!

http://pinterest.com

vintage!

mungkin boleh consider ini di ruang meja makan saye tu. 


Itu saje dulu.
Follow me on Pinterest.com/reenreem 

Bye!

Thursday, May 3, 2012

Dah Pindah - Yeayyy

saye amat yakin saye memerlukan motivasi untuk membuat kerja. saye kurang motivasi itu. HR, pls do something (eihhh!) 


Update rumah?

Alhamdulillah. Dengan rasminya 28 April 2012, kami sudah berpindah ke rumah baru! Yeayyy. Penat memang penat. Sehingga ini pun barang-barang tak habis kemas. Semua longgok kat bilik belakang, bawah tangga kotak sket, kat ruang atas penuh kain baju. Huwaaaaaaaa mak stresss hoke. 

Lagi stress pasal dapur ku comel lote. Eih rumah sewa dulu kecik juga, tapi pasal ada kabinet dapur, jadi stress kurang. Rumah sekarang kan takde. Yang portable tu mana muat. Jadi barang-barang yang memang tak pakai semua masuk kotak. 

Tuesday, April 24, 2012

Rak untuk Simpan Barang


Hi 

Tak sempat nak update apa-apa sebab sibuk memindah rumah. Pindah berdua memang memenatkan. Tapi jauhkan la hasutan2 syaitonnn sebab fikir kenapa takde orang tolong, walaupun dulu kite pernah tolong masa dia pindah rumah. Ooops! 

Sorry la, tak sempat nak transfer gambar juga. Entah mana la kabel camera pergi (owh, aku sungguh ada masalah dgn kabel ini). Jadi tunggu rumah baru masuk Unifi Sabtu nie (Yeayyy!). 

Jadi nak share 1 gambar ini aje. Saye telah berjaya menjumpai rak second hand Ikea ini. Saye beli di Junk Store dekat area rumah saye. Saye beli 2. Satu kitchen cabinet portable, satu lagi ialah rak simpan barang brand Ikea. Saye beli ini dengan harga RM200 je. Itu pun dah nego bagai. Nak beli baru memang tak mampu. 

Tuesday, April 17, 2012

Progress 2: Pasang Tile - Kontraktor Hampeh

Alhamdulillah, proses pasang tile di dapur dan ruang depan di sliding door dah siap. Bersyukur sebab semuanya selesai. Tapi memang sakit hati dengan kontraktor yang buat. Kami memang tak puas hati, salah pasang tile. Lambat pasang tile. Buat kerja delay seminggu. Itu la nak murah kan. Nasib kami terkena dengan orang begini. Sedih bangsa sendiri buat begini. Kalau tak boleh buat, cakap la tak boleh buat. Jangan berjanji macam-macam. Cakap kerja semua dah perfect. Janji "saye akan buat sehingga Encik dan Puan puas hati". Bullshit! Aku tak puas hati, ko boleh bukak balik???

Kerja bermula pada hari Sabtu, 14 April dan siap malam semalam, jam 10.30 mlm 17 April. Serius, kerana tile ini, emosi kami suami isteri terjejas. Tak tahu macam mana nak tengok hari-hari bila dah pindah. Tapi dah jadi kan? Cuma berharap tiada lagi orang yang kena dengan beliau. Kami beli tile memang lebih, last-last semalam, tinggal 1 je balance. Memang pelik! Tengok dekat depan, ada tile yang pecah2. Bila tanya, cakap memang pecah. Bullshit bukan? Boss, kami tak stupid. Nak marah pun sakitkan hati.

Katil & Rod Langsir @ Ikea


Hi

Hampir 2 minggu lepas kami ke Ikea. Iye, tempat yang bagus untuk menghabiskan duit-duit yang masih ada. Tujuan pergi adalah untuk mencari idea untuk rumah dan juga membeli beberapa keping papan. DIY untuk tutup tangga. 
Sambil-sambil tengok juga katil Queen Size. Kebetulan kami ada extra 1 tilam Queen sebab kami ada beli yang baru. 

Saye paling suka ini. Nak pula harga murah juga. Tapi hold dulu. Kena masuk rumah dulu, kalau ada duit lebihan, baru boleh beli. 

Progress 1: Cat Rumah

Hi

Sepatutnya bukan Progress 1, tapi malas nak mula dari awal.

Alhamdulillah, dah siap cat rumah. Dah lama siap, tapi malas nak update. Iye, saye pemalas.
Yang ini tingkat atas. Luar dari bilik utama.

SEBELUM



SELEPAS



Wednesday, March 28, 2012

Pembahagi Ruang Rumah


Update Pantas

Alhamdulillah, rumah hampir 70% siap. Penatnya mengecat rumah. Lupa nak bawa kabel, so tak boleh nak transfer gambar. Petang ini akan sambung untk cat lagi 2 bilik tidur. 1 bilik di atas, 1 lagi bilik di bawah tu. Balik kerja terus pegi cat rumah. Serius, dah rasa macam tukang cat pro dah. Saye pun cat sekali hoke. Kalau nak biarkan En Suami sahaja, harus la lambat lagi siap. Buat berdua kan lebih cepat :) 

Kami masih menunggu khabar gembira. Kot-kot la dapat duit bonus ke hujung minggu nie. Jika dapat, projek menyambung bahagian dapur akan diteruskan. Sambung dapur dulu, kitchen kabinet belum lagi. Itu kena tunggu bonus tahun depan pula. 

Ada kesah dengan orang sebelah rumah. Adoiii. Sungguh tak best kan. Tapi nak buat macam mana. Dah rumah intermediate, so kena la berjiran jugak. 

Thursday, March 22, 2012

Kini Selesai


Hi Blog!
Punya la lama bersarang blog ni.
Ok, update pantas. Ingat post saye yang ini?
Alhamdulillah tingkap pun dah siap. Sekejap jer ambil masa nak siapkan tu. Tapi bila dah siap tu, baru perasan yang saiz tingkap tidak seperti yang kami inginkan. Sepatutnya, mahu tingkap panjang, macam di bawah nie. 



Ni Design rumah kat Olak Lempit :) 

Friday, March 2, 2012

Belum Selesai


As salam dan Hai

Ketika menulis entri ini, rumah kami boleh dikatakan 70% sudah siap. Saja nak tunjuk gambar-gambar rumah dalam work in progress. Rumah kami beli ini rumah 2nd Hand. Itu aje yang termampu dan lokasi di Puchong. Seronok bila ada rumah sendiri. Kami beli dengan hasil titik peluh selama kami bekerja. Pelbagai dugaan kami harungi untuk memastikan rumah ini milik kami. Entah kenapa, laluan kehidupan kami agak mencabar selepas kawen. Owh tidak. Kami tidak punya masalah, cuma kami tidak bernasib baik seperti orang lain. Tapi kami tetap bersyukur. Bersyukur sangat sebab apa yang kami inginkan, kami dapat walaupun tempoh masa itu agak lama!

Major renovation yang kami buat hanyalah proses penukaran pintu rumah di bahagian depan kepada tingkap. Rumah kami pelik sket, tiada tingkap. Cuma ada 1 pintu dan sliding door. Jadi lepas nie nak masuk rumah, ikut sliding door la. Kami mempunyai perancangan yang lebih baik untuk sliding door di masa akan datang. 

Monday, February 27, 2012

RonaRoniRumahKami


As salam dan Hi Semuaaa (rasanya korang berdua je pembaca aku hehehe) 

Dengan rasminya semalam, 27 Februari 2012, blog ronaronirumahkami di tubuhkan. Serius kelakar hoke nama ni. Tapi tak pe la. Mengambil blog rumah Xora sebagai sumber inspirasi, jadi dengan adanya blog ini, bolehlah ada sedikit kenangan untuk rumah baru kami. 

Alhamdulillah, minggu lepas dah dapat kunci setelah hampir 8 bulan proses pembelian rumah mengambil masa! 
Lama kan? Rezeki kami kurang baik kot dapat lawyer yang kurang membantu. Tapi takpe, alhamdulillah semuanya dipermudahkan di akhir-akhir sebelum dapat kunci. Di mana rumah saye? Jenis apa? Harga? Baru atau 2nd hand home (apesal nak tulis rumah terpakai macam tak sedap je bunyi nya). Ini semua nanti saye ceritakan. Lebih excited untuk memaparkan gambar sebelum rumah dicat dan selepas dicat (owh, cat mahal hoke).