Hi
Belum ada apa-apa yang saye perlu update untuk rumah setakat ini. Tiada apa yang berubah dan bertambah, masih sama. Tapi, ya, saye masih berhutang post mengenai Rak Ikea ini. Apa yang saye letak di rak tersebut? Nanti ok :)
Saye masih ada beberapa (sebenarnya banyak :p) barang-barang yang saye rasa perlu dibeli untuk membantu saye memperkemaskan lagi rumah baru saye ini. Kekangan DUIT haruslah menjadi punca kenapa semua nya tidak boleh dibeli sebelum pindah rumah. Duit yang kami simpan untuk persediaan rumah baik, baik dari membayar duit muka rumah, sehinggalah ke duit lawyer, duit repair rumah sket2, bina tembok tengah, kos pindah barang, pasang tinted, semuanya telah habis digunakan. Digunakan secara berhemah yer. Penting untuk ada simpanan untuk rumah.
Bila fasa itu berakhir, kami kini menabung pula untuk apa-apa yang bakal bertambah lagi.
Oh, dah melalut plak. Jadi ini antara wish list saye yang memang perlu la (erkkk) saye beli. Dah lama 'aim' ni :) Kenapa perlu letak sebagai wish list? Sebab harga agak tak memberansangkan. Hahaha Jadi perlu simpan duit :) Semoga tercapai :)
1. Drawer Baju Ikea (memang kena IKEA) - RM199
Sumber: IKEA |
2. Meja Sisi (IKEA) - sebab so far ini paling murah dan berkenan di hati - RM69
Sumber: IKEA |
3. Meja Hiasan (erk taktau nak panggil apa, tapi saye nak meja ni untuk letak di living hall).
Saye suka sangat meja nie. Swedish desk apa ntah. Tapi tak jumpa lagi kat Malaysia. Ni gambo overtheseas. Mungkin akan cuba cari seakan-akan ini.
Sumber: Google |
4. Floor Lamp (IKEA) - RM39 (sebab murah, ada tak kat tempat lain?)
Sumber: IKEA |
5. Meja Makan!
Yang nie saye tak sure nak beli yang macam mana. Saye suka yang marmar tu. Tapi harga almost RM3K ok. Sila pengsan. Lagi satu, sebab ia berat. Dan kalau nak alihkan, memang kena panggil ramai-ramai. Herm, kena tukar plan la gitu. Meja makan sekarang (IKEA) sudah tidak boleh menampung kalau ramai-ramai datang makan. Kalau berdua ok la. Jadi harus beli nie. Berapa yer perlu bajet untuk meja makan?
6. Langsir Bilik!
Hah, yang nie kena tukar. Langsir rumah lama tu macam ada sedikit bosan. Hehehe :)
7. Armchair / Rocking Chair / Recliner
En B mahu ini. Tapi nak cari yang murah je, around RM100 :) Dapat beli satu pun dah ok :)
8. Cermin (IKEA) - RM59 untuk 2 pieces. Jadi saye kena beli 2 set.
Perlu cermin ini untuk letak kat ruang meja makan. Bagi ilusi lebih luas dalam rumah.
Sumber: IKEA |
9. Meja Outdoor
Ingat taman saye ini? Jadi kami perlukan meja outdoor. Boring-boring minum kopi dalam rumah, boleh lepak kat tanah sekangkang kuceng ni :) Hehehe Masih mencari yang sesuai dan murah. Ada ke harga bawah RM100? Ada jumpa kat IKEA hari tu. Tapi nie browse website, tak jumpa plak.
Panjang plak wish list. Sebenarnya banyak lagi. Tapi ini yang disenaraikan memerlukan saye/kami untuk spend sedikit duit untuk membeli. Mama saye selalu pesan, kalau barang-barang rumah yang memerlukan perbelanjaan besar, kite perlu kongsi dengan suami kite. Jangan harapkan suami sorang, atau kite seorang sahaja. Rumah nak duduk sama-sama, jadi kena sama-sama korbankan duit. Contoh barang-barang besar, macam Peti Sejuk, Mesin Basuh, Sofa, Set Bilik Tidur dan lain-lain yang korang rasa involved duit lebih dari RM500. Ingat, memang kite tanggungjawab suami kite. Tapi kite tak perlulah biarkan suami menanggung semuanya tanpa dibantu. Kalau dah sampai berhutang, nanti kite si isteri pun akan rasa bebannya.
Bye!
7 comments:
Masa sy mula2 masuk rumah dlu mmg cuba nk completekn rumah so beli la perabot2 basic di kedai perabut biasa je. Set meja mkn 6 org = Rm 4++ almari TV = 2++ Set bilik tido 6++. Sumuanya basic and plg murah sbb pkir nnt ada duit lbh ganti la y elok sikit. Tp lps dkt 3 tahun sume bnda masih dlm keadaan elok unless for sofa, walaupun da boring pndg perabot y sgt biasa itu terpaksa la simpan hasrat nk upgrade sbb xtau brg lama nk ltk mana. Just skrg klu rsa perlu beli perabot br terus beli y elok sbb ntah bl nk berganti lg. Mmg masuk rumah baru mmg sgt berangan nk itu ini tp kekangan wang lah mbantutkan. heee
mamalynd: betul tu. tp kalau mamalynd nak beli perabot baru pun ok. yg lama tu boleh jual di kedai2nd hand ataupun jual kat mudah :) duit mmg mengekang segalanya...
eh,byknye barang IKEA.. jgn risau, ko pasti akan dapat memilikinya *aku kan hutang voucher ikea utk housewarming hengkau..
Kalau nak variety, and kalau ada masa, boleh try cari kat kedai second hand.... tapi memang Ikea paling senang sebab ada online catalogue kan! :-)
amnah: itulah. ada plan mcm tu juga. mana tau ada. tp ikea is much better utk org yg pemalas ni nak cari2 kedai. hehehe
IKEA jugak paling senang kan? Oh, i pun masih byk brg nak kene beli. Pindah dari rumah furnished ke non-furnished pulak tu. hamek kau. byk brg xde kat umah tu.. tetamu dtg pun duduk kat lantai je la ye.. huhu..
nyomel: betul tu. bleh DIY. malaysia shld have more DIY store la kan. xpe nyomel. slow2 k. rezeki saya masa baru kawen tu, kwn saye bg sofa die which is masih elok (fella) FREE aje. meja makan saye plak, beli 2nd hand dari kawan jugak. bayar 150 je.
Post a Comment