Tuesday, April 17, 2012

Progress 2: Pasang Tile - Kontraktor Hampeh

Alhamdulillah, proses pasang tile di dapur dan ruang depan di sliding door dah siap. Bersyukur sebab semuanya selesai. Tapi memang sakit hati dengan kontraktor yang buat. Kami memang tak puas hati, salah pasang tile. Lambat pasang tile. Buat kerja delay seminggu. Itu la nak murah kan. Nasib kami terkena dengan orang begini. Sedih bangsa sendiri buat begini. Kalau tak boleh buat, cakap la tak boleh buat. Jangan berjanji macam-macam. Cakap kerja semua dah perfect. Janji "saye akan buat sehingga Encik dan Puan puas hati". Bullshit! Aku tak puas hati, ko boleh bukak balik???

Kerja bermula pada hari Sabtu, 14 April dan siap malam semalam, jam 10.30 mlm 17 April. Serius, kerana tile ini, emosi kami suami isteri terjejas. Tak tahu macam mana nak tengok hari-hari bila dah pindah. Tapi dah jadi kan? Cuma berharap tiada lagi orang yang kena dengan beliau. Kami beli tile memang lebih, last-last semalam, tinggal 1 je balance. Memang pelik! Tengok dekat depan, ada tile yang pecah2. Bila tanya, cakap memang pecah. Bullshit bukan? Boss, kami tak stupid. Nak marah pun sakitkan hati.




Hari Sabtu, 14 April 2012
Masa nie just jumpa pekerja Indon sahaja. Sebab Faizal si kontraktor tu pegi beli barang.
2 kali kami datang situ, tapi die tetap takde juga. Rushing pasal kami kena balik Temerloh tengah hari tu juga.

Tile asal dapur. Tak lawa, warna Biru 

Ruang depan sliding door. Kami minta pasang tile di situ juga.
Sebelum nie bersimen.

Tile Panjang itu untuk ruang depan sliding door.


Cabut sinki - gambar gelap.


Dapur yang dah dihacked.

Hacked




Ahad Malam jam 8.00, 15 April 2012 
Baru sampai dari Temerloh. Pagi tu beria call cakap kerja semua perfect. Tak lama tu sms, minta duit RM250 sebab kereta rosak la. Apa la. Kerja tak siap, tapi nak duit. 

Sangat la PERFECTTT kerja beliau! Kami sampai-sampai, tak siap lagi. Ruang dobi di belakang baru disimen. Tile belum di pasang! - NOT PERFECT! 

 


Ruang dapur yang tak siap. PERFECT apa! Nak plak kami notis, tile itu dipasang tak sama. Ada tile yang hujungnya serpih! Memang teruk giller cara pasang tile. Kenapa kami cakap buruk, sebab kami ada upah bangla & indon pasang tile dalam bilik air. Tapi kerja mereka sangat kemas. Tak macam pekerja si Faizal nie.
Kesimpulan: memang hasil kerja sangat TERUK.

Tetiba rasa warna tile tak cantek :(

Ini memang kemuncak api kemarahan. Tile nie die silap pasang! Patutnya bukan pasang melintang (sila fokus pada jalur pada tile), tapi pasang menegak. Kami dah siap demo dah kat pekerja tu. Memang hampeh.



Dah la salah pasang, pastu ruang tak tutup habis. Ye saye tahu ada grill di situ, tapi at least ko tutup la pakai simen ke apa.



Ini pun sama. Sengal. Dah cakap dah. Susah kalau bercakap dengan orang yang rasa dia hebat semua.

Tapi untuk yang ini, pada 16 April, Isnin, beliau panggil tukang besi untuk potong grill tu sket dan beliau tile sampai habis. Tapi masih hasil kerja tidak memuaskan. Nanti ada masa saye paste gambar yer. Malas nak transfer dari hp.




Kesimpulan:
Kami memang sangat menyesal ambil Faizal nie. Serius rasa tertipu. Janji macam-macam. Memang masa beliau lewat seminggu mula kerja tu, jadi petanda untuk kami. Walaupun dah siap semalam, tapi memang kami tak berpuas hati. Tile tu tak sama rata. Bahagian tepi tile yang dia potong pun tak sama. Kami penat. Kami stress. Dan sesunggunya memang tak recommend beliau pada sesiapa. Faizal ni ada syarikat sendiri. Jadi memang proper la ada resit bagai dan memang wujud syarikat ni.

Kalau kutuk kontraktor Melayu, nanti ada yang kata suka kutuk bangsa sendiri. Tapi ini, sudah 2 kali kami terkena dengan bangsa sendiri. Yang tak faham tu, dia pun tokei, dan upah pekerja Indon, tapi mengapa bila Kaum Cina jadi Tokei, upah pekerja Indon, hasil kerja memuaskan? Iya, saye setuju, tak semua begitu. Dan tak semua kontraktor Melayu tak bagus. Mungkin nasib kami. Duit yang dibayar tu, memang tak ikhlas la dari kami. Dengan apa yang dia buat pada kami, harap-harap tiada orang lain yang kena. Hasil kerja sangat tak memuaskan. Tak senang hidup ko, kalau ko buat hati orang susah. Faham ko Faizal!


Tiap kali sebut nama kontraktor nie, pasti saye terngiang-ngiang nyanyi Adlin Aman Ramlie - Jantan Tak Guna.





Bye!

11 comments:

me said...

kadang2 stress kan, tula bukan x nak support kaum sendiri, tapi dah ramai yang terkene.. finally aritu rumah saye, saye upah kontraktor cine, memangla mahal sikit tapi memang keje punctual + keje sangat lah kemas..

Reen Tart Nenas said...

ieza: betul tu. stress hoke. now balik rumah ari2, stress tengok lantai dapur :(

Unknown said...

horrornya >,< sabar je la..

hijauoren said...

sy pnh kene ngn penjual mesin potong spring potato melayu.. byk choices yg kite blh dpt dr penjual cina tp sy saja pilih si melayu bongok nama bisnes dia RAHZABIZ ni dr penang. sbbnye, nk tolong bangse sendiri. tp tgk2 memalukan kaum lg ada. jual brg 2nd, kata baru. mesin tu takleh potong pun kentang walau dgn segala mcm kaedahyg konon2nye dia bg sbg tutorial ms nk jual bende alah mesin bodoh tu. pastu bile sy tanye spare part bilah pisau, terus cpt2 rpy sms 'kami tak jual spare part. tima kasih, jual ye' pastu senyap sunyi x bls2 msg bl tanye psl mesin mangkuk die tu. geram sesgt!!! bl bace post ni, rs mcm nk buat 1 post jugak psl malapetaka yg menimpa bl deal ngn bangse sendiri ni (wpun sekelumit, tp yg sekelumit tu la yg amat2 mengecewekan!!) eh emo plak! hehe

Reen Tart Nenas said...

hijauoren: mmg hati panas. xyah la nak tolong. mmg susah dh nak percaya pas ni. saye mmg serik.

HEDER TILE AND PLUMBER said...

UBAHSUAI RUMAH area Bangi, Kajang, Cheras,
Serdang, puchong (Selangor/KL) Sambung dapur,
parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster,
plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL.
Hubungi: 0173967406 khaidir (facebook.com/
HederRenovationHouse) fan pages

Rosy said...

Assalam, boleh tahu rumah kat area mana. Saya pun terkena juga sebab ingat nak tolong Melayu. Rumah x siap,dia buat diam. Janji 4 bulan boleh siap, disebabkan perjanjian 8 bulan kita org sabar jelah. ingatkan boleh siap, hampeh. Lepas 8 bulan, bumbung, pintu, tgkp semua x siap. Duit dah byr lebih dari keja.Minta balik duit dia bg mcm2 alasan. Saya tnya ni sebab nama kontraktor sama. Dia ni kontraktor berdaftar dgn cidb, tapi keja x professional.

Rosy said...

Assalam, boleh bg nama syarikat Faizal ni?

Muhammad Arifuddin said...

Tumpang tanye..Berapa harga pasang sliding door?..

Muhammad Arifuddin said...

Tumpang tanye,

berape harge pasang sliding door kace?..

Reen Tart Nenas said...

rosy: sorry. baru baca blog. saye tak ingat company apa. tp mmg berdaftar la. proper company. based kat pandan kot x silap. muda lagi orangnyer.

muhammad arifuddin: sliding door tu mmg dah siap2 ada