Thursday, March 22, 2012

Kini Selesai


Hi Blog!
Punya la lama bersarang blog ni.
Ok, update pantas. Ingat post saye yang ini?
Alhamdulillah tingkap pun dah siap. Sekejap jer ambil masa nak siapkan tu. Tapi bila dah siap tu, baru perasan yang saiz tingkap tidak seperti yang kami inginkan. Sepatutnya, mahu tingkap panjang, macam di bawah nie. 



Ni Design rumah kat Olak Lempit :) 

Tapi apakan daya terkurang ukur. Jadi redha je la. Takpe, masih ada projek besar akan datang untuk rumah. Jadi kali ni perlu ukur betul-betul. Jadi sekarang ni proses nak pasang grill. Hari tu dah ada pegi tanya kat kedai area rumah, untuk saiz tingkap 6 x 4, harga dia ambil RM450! Bila saye nego, dapat la RM300. Agak mahal kerana saye hanya pasang untuk satu grill. Sebab ruang lain memang dah ada grill dah. So jimat di situ :)
Ok, layan gambar la yer untuk update seterusnya. 


Sebelum 

Pintu Selepas di pecahkan. 


Selepas Pandangan dari dalam 
Tingkap dah siap! 

*Perasan lori depan rumah tu? Menyampah hoke. Macam tak faham-faham tu depan rumah orang. Nanti bila kami dah pindah masuk, memang nak kena pegi rumah org tu suruh alihkan lori. Serius, menganggu. Kami beli row tu pun pasal nak tengok taman yang kat depan tu. Bukan tengok lori beliau! 


Dapur 


Sebelum 

Dapur with Sinki Buruk 


Selepas 
Sinki Stainless Steell + Rak = Harga dalam RM100+


Ini Ruang Selepas Dapur. Saye bercadang untuk letak mesin basuh di sini. Paip pun dah disiapkan. Tapi tiba-tiba dapat idea untuk pecahkan bahagian sinki itu, dan tutup bahagian belakang ini supaya dapur lebih besar. Kami memang punya perancangan untuk tambah belakang tu sebab memang tanah luas lagi. 


Tapi rasanya, kami perlu tunggu lebih 5 tahun baru boleh kumpul duit yang banyak untuk major renovation itu. Jadi untuk masa sekarangm rasanya hanya mampu nak pecahkan bahagian dinding sinki tu aje. Kalau dapat duit vitamin minggu depan, boleh la pecah-pecah tu. Sekurang-kurangnya, besar sket dapur kami dan boleh buat kitchen cabinet yeayyy! 

Tempat letak Mesin Basuh 

Tanah Belakang Rumah.
Bangla belum datang mesin rumput. 


Projek seterusnya pada Sabtu ini, adalah mengecat rumah.
Ok, ini bahagian luar.
Kami cat rumah 2 ton. Menggunakan cat Nippon Paint Weather-bond. 2 Peach + 1 In The Buff. Harga dalam RM200++ Beli sekali dengan Sealer Warna White. 


Bye!

2 comments:

Unknown said...

the lorry u mentioned; lol XD

Bushra Tajuddin said...

Reen,

rak bawak sinki tu nak cari kat mane?
oh, btw.. i dah dpt umah sewa. alhamdulillah.. :)

bila nampak gambar bawah sinki u trs dtg idea. ok jugak buat mcm tu.. jimat ruang! mind to share..?? ;)