Wednesday, March 28, 2012

Pembahagi Ruang Rumah


Update Pantas

Alhamdulillah, rumah hampir 70% siap. Penatnya mengecat rumah. Lupa nak bawa kabel, so tak boleh nak transfer gambar. Petang ini akan sambung untk cat lagi 2 bilik tidur. 1 bilik di atas, 1 lagi bilik di bawah tu. Balik kerja terus pegi cat rumah. Serius, dah rasa macam tukang cat pro dah. Saye pun cat sekali hoke. Kalau nak biarkan En Suami sahaja, harus la lambat lagi siap. Buat berdua kan lebih cepat :) 

Kami masih menunggu khabar gembira. Kot-kot la dapat duit bonus ke hujung minggu nie. Jika dapat, projek menyambung bahagian dapur akan diteruskan. Sambung dapur dulu, kitchen kabinet belum lagi. Itu kena tunggu bonus tahun depan pula. 

Ada kesah dengan orang sebelah rumah. Adoiii. Sungguh tak best kan. Tapi nak buat macam mana. Dah rumah intermediate, so kena la berjiran jugak. 


Owh ya, kami rancang mahu letakkan divider ini di dalam rumah. Ia sebagai divider antara living hall dan ruang makan. Jadi tak de la terlalu nampak ruang makan kami. Nasib baik dapur memang dah terasing siap-siap. Iye lah, rumah lama kan. Kalau design rumah moden sekarang, semua jenis open, jadi terpulang pada tuan rumah nak buat divider macam mana. 

lebih kurang saiz ini la. rumah nie pun lebih kurang rumah kami.

Sumber: adeqhe09

Lain-lain, boleh tengok di blog Artak Kitchen Design 

6 comments:

Edura Hanum said...

bestnya bila dah ada rumah sendiri.nak decorate pun no problem

Teenager Housemaid said...

wah bestnya renovate rumah..:DD

Azian Elias said...

salam kenal..


seronok kan nak masuk rumah baru. excited.

Reen Tart Nenas said...

edura hanum: betul2. kalau duduk umah sewa susah sket. tp yg penting rumah mesti kemas

teenager: xde renovate pun. betulkan sana sini sket jer

azian: hai azian!

bunga daisy said...

nanti kalu nk buat kitchen kabinet, cubelah survey SCI kitchen. harge dia murah.

Reen Tart Nenas said...

bunga daisy, thanks :) tgk2 jugak ari tu