Thursday, October 25, 2012

Lalang Kembali

Hi Semua! Salam Aidil Adha.

Blog ini pun dah bersawang dah :) Tiada progress rumah. Ada la sket-sket tapi macam tak perlu update pun. Hahaha Meh tengok gambar ni. 

Belakang Rumah Saye




Semak! Dah tak nampak dah mana serai dan mana daun pandan. Apakan daya. Walaupun dah dimesin lalang itu, mesti cepat je dia naik balik. Caranya, harus la kena racun lalang tu. Malangnya, jiran sebelah rumah tu bela kucing yang sangat banyak. Jadi agak ngeri la nak racun kan, kang tetiba die termakan kang. Satu hal plak kan. Tapi macam tak fair la kan. 

Rumah saye berlalang sebab nak kena jaga kucing jiran. Tidakkkk tidakkk saye tidak mahu jadi pembunuh. Kucing tu memang selalu datang  makan kat rumah dia (kalau kau dah main campak je nasi and perut ikan kat belakang rumah, mesti la berduyunnnn tiba kekucing tu). Sekarang ni rumah saye plak jadi port derang tido. Memang sangat stress. Sebab saye tak suka. Tak kisah nak bela, tapi kena la jaga. Jadi kes lalang ni masih pending. Memang kami nak tanam rumput karpet aje kat belakang ni, tapi itu la. Harus ku matikan lalang tu dulu :(


Ok, sekian. Ni kalau part2 rumput ke lalang, memang gua stress tahap gaban la. Kalau ada duit, memang lama dah gua naikkan tembok tinggi kat belakang rumah. 




3 comments:

nYomeL said...

Memang stress bila memikirkan lalang ni kann..?? kitorang cabut lalang tu.. tapi tu laa.. kejap je dah naik balik. letih betul nak cabut lagi.. huhu..

Reen Tart Nenas said...

nyomel: kan. cukup xsuke.

hazlynda kushairi said...

jah, lame tak blogwalking hehe pepagi bute ni rajin lak jenguk sini.

rumah ai pun lalang cepat naik depan rumah lagi tu hehe walaupun dah diracun. tension bile nak kene potong lalang. Nak lak togel takde rumput.

haishhh :(