Saturday, September 22, 2012

Susun Atur Pinggan Mangkuk


As salam dan Hi, 

Susun atur rumah masih seperti sama, cuma saye ada tambah hiasan ini baru-baru ini. Post di sini Hiasan Baru weeeee. Untuk minggu lepas, saye pegi ke Daiso di Setia City Mall (best hoke mall ni, sila la pegi). Jadi saye beli tempat letak pinggan ataupun pengetus pinggan (drainer). Saye beli 2. Jadi kos nya hanya RM10 (1=RM5).



Saye tak gunakan sebagai pengetus pinggan (drainer), tapi saye guna untuk letak pinggan. Sebelum ni, saye simpan macam ni aje.



lupa nak ambil gambar sebelum pakai tempat letak pinggan tu.

Tapi basically macam nie la saye susun pinggan dalam kabinet portable itu. Rimas kan? Nasib baik husband cadangkan beli tempat pinggan ini. Penyelamat! Bila dah susun pinggan makan besar tu, tak muat la plak kat bahagian ini. Jadi saye pindahkan ke sebelah kiri tu. Kat situ saye letak periuk Visions saye :)
Sila abaian yang bahagin bawah tu. Masih fikirkan cara nak susun cawan dan mangkuk tu :p Mangkuk saye sket aje. Sebab hanya berdua. Bila tetamu datang, baru keluarkan dari kotak :) 

ada pinggan yg tak sekata di situ :p


Maaf. Tak pandai ambil gambar. Tapi lepasdah susun nampak kemas sket. Adoiii ada pulak bekas kaca prego tu :p Korang jangan buang tau. Simpan. Buang aje label nya dah bekas kaca itu boleh guna untuk simpan herba-herba atau rempah ratus. Nampak pelapik putih tu? Saye beli di Ikea aje. Murah. Cuma nanti terfikir nak tukar, sebab macam boring pulak corak kosong :p

Apa jadi dengan periuk Visions? Owh. Saye transferkan ke tempat asal pinggan tu.




Itu aje dulu.

Bye

Reen

7 comments:

me said...

Haha suke jugak pegi daiso! Dhla mura n best i likeeee

Xora said...

dialog aku dgn D: Sayang, reen buat post baru2 ni, dia letak gambar periuk belanga Vision dia yang.. tak boleh ni, kita tak boleh kalah dengan dia. Nanti weekend kita cari kat Parkson ye..

la la laaa

Xora said...

komen kedua aku *sukati aku, ko diam: kukuh tak drainer tu reen? aku cam nak beli, sesuai plak di saat terdesak time kenduri *mana janji manis ko nak gi Daiso Mines dgn aku?? kejis

Xora said...

komen kedua aku *sukati aku, ko diam: kukuh tak drainer tu reen? aku cam nak beli, sesuai plak di saat terdesak time kenduri *mana janji manis ko nak gi Daiso Mines dgn aku?? kejis

IeRA said...

Salam...

Cantik juga ye.... saya pun suka gi Daiso. Memang gatal tangan kalau gi situ

Reen Tart Nenas said...

Ieza:betul2.bahaya utk poket
xora:byk hoiii komen.aku slalu terpk ngape la ko jadi kwn aku.hahhaha haruslh.mahal oiii periuk tu.bangga mak.jwpnyer kukuh.jgn ko sumbat mangkuk dlm tu plak.bleh adjust kekangkangngan die.heheh
iera:suke2.rasa nk beli semua :)

Xora said...

jgn la guna perkataan kekangkangan. kang aku fikir lain--eh?

*ko akan stuck seumur hidup dgn aku coz u know too much about me.. hehe