Thursday, April 11, 2013

Kabinet Dapur dengan Sunshine Kitchen

As salam dan Hi

Bersambung dari entri ini 

Kabinet Dapur Dah Siap



Pilihan kami ini kira konsep budget la. Setelah beberapa hari kami survey dan dapatkan quotation dari a few KC akhirnya kami pilih Sunshine Kitchen di Puchong. Kami pergi yang di showroom: 

No.28-1st Floor, Jalan Suria Puchong 1, 

Pusat Perniagaan, Suria Puchong, Malaysia.
Tel : +603-89440696 
Fax : +603-89440695


Sebelum pergi husband called dulu sebab kami nak pergi after office hour. So around 6.30 sampai sana. Prosesnya tengok-tengok pakej. Kami balik berbincang dulu dan bandingkan dengan quotation lain yang kami ada. Lepas tu terus decide amik KC dengan Sunshine. Designer kami ialah Ernie. Banyak cakap Ernie ni tapi amat membantu. Bila kami decided aje, terus call Ernie dan dia terus datang rumah untuk ambil ukuran dapur dan terus kami bayar deposit RM500. Proses pembayaran ada 3 peringkat. Bila dah siap semua baru bayar balance 5% macam tu la. 

Pakej yang saye ambil merangkumi:
1. Slim Hood
2. Hob 
3. Sink Double Bowl 
4. Tap 
5. Dish Rack 
6. Bekas Cutlery

Semua kabinet adalah Soft-Close. Harga semua : RM4,800.
Sepatutnya lebih rendah sket tapi sebab saye nak yang tempered glass. So kena tambah sket.
Disebabkan time saye booking tu CNY, so kena tunggu sket. Tapi kami ok aje, sebab kebetulan kami pun nak tukar tingkap dapur tu dari nakoh kepada sliding. Hah, yang masa buat tingkap tu yang kami ada masalah dengan pekerja Indon tu. 

Bila Ernie siapkan design, kami jumpa semula untuk confirmkan. So ada 2 design yang kami minta dia buat. Tapi akhirnya kami amik pilihan asal Pilihan 1. 
Kami Pilih yang ni 



Konon2 nak ada meja kecik tu. Tapi fikir balik, nanti sempit. 

*Taktau kenapa gambar ni senget. Puas dah adjust. Korang rotate sendiri la :p


Owh ya, workstop kami adalah laminated worktop. Tak mampu nak pakai granite sebab memang kami ada bajet untuk KC hanya RM5,000. Menurut Ernie, kami boleh tukar worktop tu kepada Granite nanti. Jadi as for now, cukup la dengan laminated worktop. Kena rajin mengelap la sebab kita tak boleh biarkan air lama-lama atas tu :) 

Pilihan pintu kabinet 

Untuk pengetahuan, pekerja-pekerja yang pasang KC dari Sunshine Kitchen nie semua Cina. Ada 2 orang pekerja yang datang pasang KC. Memang cepat kerja dan kemas. Masa rehat pun bukan kedua-dua rehat. Sorang makan, dan sorang buat kerja. Mereka gilir-gilir. Kalau macam pekerja Indon yang buat tingkap tu, berapa kali stop hisap rokok la, makan la. Buat kerja 3 orang! Nampak kan beza nya. Dan tokei Indon-Indon tu Melayu! Sedih kan? 

Tapi dari segi kerja ini pertama kali amik Cina dan memang saye berpuas hati. Untuk plumber, yang pasang paip tu ada Uncle Cina dari Sunshine Kitchen jugak datang pasang. Uncle ni kasar sket kerja nya. Tapi siap la semua. Kami just inform Ernie pasal hasil kerja Uncle tu dan rupanyer derang ada sorang aje tukang pasang paip. Hope diaorang boleh dapatkan orang lain untuk plumber tu. Tapi overall, kami berpuas hati dengan khidmat Sunshine Kitchen. Memang janji ditepati la :) 

Cat Dapur
Sebelum pasang KC, kami berdua cat dapur warna hijau uoolsss. Asalnya bukan nak hijau tu, tapi yang kami nak tu takde. So amik je la hijau yang ada tu :) Kira kena la dengan KC yang warna putih tu.




Ok, itu je la. Kalau ada apa-apa, boleh la tinggalkan komen :) 


Bai 

Reen 


8 comments:

Fizah said...

camteksnyaa kc diaa..ni msti tgh berkobar masak hari-hari ni kan? ;)

btw, kos tukar tingkap tu berapa ya? nk tukar jgk tp bukan nako, tingkap folded nak jadi sliding..

bunga daisy said...

solid surface murah lagi granite, diorang tak quote yg tu ke? anyway nice KC

ieza said...

Wahhhhhhhhh dapo dah cantik hihi pasni baru smngat skit nak masak kat hubby haha..... Make sure dapo brasap ok hihi

Chekgu Azrine said...

cantikkk...

salam perkenalan..

Reen Tart Nenas said...

Fizah: Hi Fizah. sebelum ni pun memang masak hari2 :) cuma bezanya, tempat nak bekerja utk memasak lebih luas skang :) saye tak ingat berapa. tp dlm RM300 x silap. sekali upah and cermin semua :)

bunga daisy: still x mampu yuh :(

ieza: so far everyday. cuma wikend jer kitchen closed. hahaha tp betul. lebih bersemangat uollsss.

chekgu azrine: hi chekgu :)

ANAK MAMA SAYANG said...

cantik and kemas...warna kc kita samala....

MijaShidy said...

cantek... nati makin b'semangat la nk kemas2 n masak2.
teringin jgk nk ada KC

Raihanah Ahmad said...

Cantiknya kc tu. Bftambah semangat la nak masak kan