Tuesday, April 24, 2012

Rak untuk Simpan Barang


Hi 

Tak sempat nak update apa-apa sebab sibuk memindah rumah. Pindah berdua memang memenatkan. Tapi jauhkan la hasutan2 syaitonnn sebab fikir kenapa takde orang tolong, walaupun dulu kite pernah tolong masa dia pindah rumah. Ooops! 

Sorry la, tak sempat nak transfer gambar juga. Entah mana la kabel camera pergi (owh, aku sungguh ada masalah dgn kabel ini). Jadi tunggu rumah baru masuk Unifi Sabtu nie (Yeayyy!). 

Jadi nak share 1 gambar ini aje. Saye telah berjaya menjumpai rak second hand Ikea ini. Saye beli di Junk Store dekat area rumah saye. Saye beli 2. Satu kitchen cabinet portable, satu lagi ialah rak simpan barang brand Ikea. Saye beli ini dengan harga RM200 je. Itu pun dah nego bagai. Nak beli baru memang tak mampu. 


Tujuan beli sebab nak simpan barang-barang kahwin yang orang hadiahkan dan susun elok2 supaya tak berhabuk. Kalau susun jer kat bawah, memang nampak tak kemas dan susah nak cari kalau nak guna. Nak kena alihkan satu-satu. Saye dah pernah rasa susah nak bersihkan masa di rumah sewa. Jadi sebab tu beli rak ini. Bila dah susun dah macam kedai jualan dah. 

Ok ini dia. 



Nanti saye update yang selepas ok :)

Harga asal di Ikea? 

Shelving unit, softwood

RM99


Inilah kitchen cabinet portable saye. Yang ini 5 kaki lebarnya, harga RM350 ajer. 

5 kaki 

Nota: Jujurnya, saye tak suka sebab kena guna tempat simpan barang ini / kabinet dapur bergerak ini :( Tapi apakan daya, belum cukup duit untuk buat kitchen cabinet lawa-lawa. Plus, kami ada perancangan mungkin mahu extend belakang itu (who knows, tetiba ada duit ke kan?). Jadi kite bersabar dengan ini dulu. 


Owh ya, saye juga takkan letak dapur memasak di sini. Saye akan letak di belakang, yang sepatutnya jadi tempat dobi. Nanti kite post gambar bila dah siap semua ok :)


Owh saye bercadang nak beli ini. Untuk letak microwave (boleh ke?) Dapur I kecik hoke. Kitchen cabinet yang portable tu pun tak muat :( 

Kitchen trolley, birch

RM199




Ok Bye! 

7 comments:

Xora said...

Troli bekvam tu epic ok. aku suka. aku letak microwave atas tu, nice. impian aku adalah mengecatkan troli tersebut dgn warna putih dan topnya dgn warna hitam. agar selari dgn dapurku. apakan daya, D tak setuju huhu

Reen Tart Nenas said...

xora: serius??? pastilah best kan? mcm kena dgn kaler dapur aku tu hah. tp harga agak xmeransang poket nie. hahaha

Unknown said...

yey!!dpt menjejak reen:D Lol XP

Reen Tart Nenas said...

wani: auwwww!

me said...

dulu mase kat umah sewa saye just pkai rak GORM ikea yg awak tunjuk kat ni jek letak microwave + oven + piuk nasi + bwang2 segala brg dapur sebab dapo kcik aje... so memang praktikal.. skang nih bile dah pindah umah terus masuk dalam stor letak barang2 dalam stor pulak =)

Reen Tart Nenas said...

ieza: owh ye ke? kalau tau ada org buat camtu, sy tak perlu beli yg portable tu. tp mmg mcm nak kena beli lagi satu nie...

blog-tips-kurus said...

boleh tuan blog bg tau add junk store tu? minat dapo tu.. :-)