Tuesday, April 24, 2012

Rak untuk Simpan Barang


Hi 

Tak sempat nak update apa-apa sebab sibuk memindah rumah. Pindah berdua memang memenatkan. Tapi jauhkan la hasutan2 syaitonnn sebab fikir kenapa takde orang tolong, walaupun dulu kite pernah tolong masa dia pindah rumah. Ooops! 

Sorry la, tak sempat nak transfer gambar juga. Entah mana la kabel camera pergi (owh, aku sungguh ada masalah dgn kabel ini). Jadi tunggu rumah baru masuk Unifi Sabtu nie (Yeayyy!). 

Jadi nak share 1 gambar ini aje. Saye telah berjaya menjumpai rak second hand Ikea ini. Saye beli di Junk Store dekat area rumah saye. Saye beli 2. Satu kitchen cabinet portable, satu lagi ialah rak simpan barang brand Ikea. Saye beli ini dengan harga RM200 je. Itu pun dah nego bagai. Nak beli baru memang tak mampu. 

Tuesday, April 17, 2012

Progress 2: Pasang Tile - Kontraktor Hampeh

Alhamdulillah, proses pasang tile di dapur dan ruang depan di sliding door dah siap. Bersyukur sebab semuanya selesai. Tapi memang sakit hati dengan kontraktor yang buat. Kami memang tak puas hati, salah pasang tile. Lambat pasang tile. Buat kerja delay seminggu. Itu la nak murah kan. Nasib kami terkena dengan orang begini. Sedih bangsa sendiri buat begini. Kalau tak boleh buat, cakap la tak boleh buat. Jangan berjanji macam-macam. Cakap kerja semua dah perfect. Janji "saye akan buat sehingga Encik dan Puan puas hati". Bullshit! Aku tak puas hati, ko boleh bukak balik???

Kerja bermula pada hari Sabtu, 14 April dan siap malam semalam, jam 10.30 mlm 17 April. Serius, kerana tile ini, emosi kami suami isteri terjejas. Tak tahu macam mana nak tengok hari-hari bila dah pindah. Tapi dah jadi kan? Cuma berharap tiada lagi orang yang kena dengan beliau. Kami beli tile memang lebih, last-last semalam, tinggal 1 je balance. Memang pelik! Tengok dekat depan, ada tile yang pecah2. Bila tanya, cakap memang pecah. Bullshit bukan? Boss, kami tak stupid. Nak marah pun sakitkan hati.

Katil & Rod Langsir @ Ikea


Hi

Hampir 2 minggu lepas kami ke Ikea. Iye, tempat yang bagus untuk menghabiskan duit-duit yang masih ada. Tujuan pergi adalah untuk mencari idea untuk rumah dan juga membeli beberapa keping papan. DIY untuk tutup tangga. 
Sambil-sambil tengok juga katil Queen Size. Kebetulan kami ada extra 1 tilam Queen sebab kami ada beli yang baru. 

Saye paling suka ini. Nak pula harga murah juga. Tapi hold dulu. Kena masuk rumah dulu, kalau ada duit lebihan, baru boleh beli. 

Progress 1: Cat Rumah

Hi

Sepatutnya bukan Progress 1, tapi malas nak mula dari awal.

Alhamdulillah, dah siap cat rumah. Dah lama siap, tapi malas nak update. Iye, saye pemalas.
Yang ini tingkat atas. Luar dari bilik utama.

SEBELUM



SELEPAS