Tuesday, May 29, 2012

Laman ku Nan Indah


Hahaha mood minggu nie happy jer. Hahaha

Hasil sempurna...

nak tiru minta izin yer. hahaha. 

Merujuk kepada post yang ini, saye dan En B berjaya siapkan idea spontan En B tu. Katanya, bangun pagi, tetiba jer terus nak buat. Nak mula cerita dari mana yer. Herm, kite mulakan dari Hari Pertama la, iaitu Sabtu. Sila jangan bosan baca ok :)

Sunday, May 27, 2012

Laman Depan Spontan Idea!

Hi 

Hari ni saye happy. Sebab tanah sekangkang kera yang di tepi porch tu dah siap di deco. Idea spontan. Beli-beli barang. Tadaaa terus siap. Disebabkan taknak tanam rumput karpet / mutiara, jadi kami opt untuk letak batu-batuan ini. Details, nanti saye cerita kemudian yer. Sementara tu, boleh tengok gambar ni dulu. 

Makk exciteddd hokeee.

cantik tak? cantik tak?


semalam rasa macam nak tido kat luar jer :)

Bye!

Friday, May 25, 2012

Proses Mengemas Laman Rumah


Laman rumah kami kecil je. Tapi bolehlah nak bercucuk tanam. Hehehe malas menguasai diri bila bab menanam :)

Ini laman belakang sebelum ditebas semua lalang-lalangnya. Gigih masa ni kami gunting je pasal bangla tu tak lalu pun depan rumah nak potong lalang ni.

Hampir setahun lalang itu hidup subur :) 

Akhirnya, bangla datang mesinkan lalang semua :)

yeayyyy! 


Jumpa lagi!

Nota kecil: Gigih mengumpul duit nak buat tembok belakang dan tepi sebelah kiri.

Sinki dan Rak

As salam dan Hi

Tahniah Nyomel sebab dah dapat rumah :) Selamat berpindah. Pindah rumah memenatkan hoke. Tapi seronok :)

Owh mengenai sinki ini?
masa nie belum pindah lagi 


Saye beli ini dekat kedai hardware biasa je. So saye cari yang dekat dengan rumah saye. So nanti just masuk jer kedai2 hardware yang jual macam-macam, dari barang untuk berkebun, tandas pun ada dan sinki pun ada. Make sure beli yang stainless steel. Tak ingat berapa saye beli untuk sinki dan rak biru tu. Tapi tak lebih RM150. Nanti bila sampai kedai, cuma tanya je pasal rak bawah tu. Saye tak suka sangat rak tu sebab nanti susun barang, nampak2 plak. Tapi takde pilihan kan. Plus, bajet mengekang. Jadi berpuas hati untuk ini dulu. Harap membantu Nyomel!

Sunday, May 20, 2012

Meja Makan

Hi

Pada ketika ini, meja makan yang besar amat diperlukan. Mungkin kerana rumah dah besar jadi punya banyak ruang. Kena kumpul duit nie. Huwaaa! Masih belum ada idea nak meja makan bagaimana. Tapi saye memang suka kan meja makan marble, segi empat, dan punya kusyen pada tempat duduknya. Tapi pegi tengok masa home deco, harga mak datuk, almost 4K!


Kesimpulan?

Kita berpuas hati dulu dengan meja makan sekarang ini aje yer Reen!

Friday, May 18, 2012

Rancangan Minggu Ini: Nilai/Ikea

Hi

Apa ye plan korang minggu ni? *Xora, aku tau ko nak g ikeahhh.


Esok pagi : Ada bowling kat One Utama. Anjuran ofis. Hahaha tak pandai main pun. Tapi masuk jugak pasal nak menang lucky draw :p 

Tengahari : Kena tengok baby cousin En Suami. Perasaan? No heart feeling. Hahaha congrats to both of them. Tapi tak sempat nak pegi beli hadiah. Camne? 

Petang : Balik rumah kot. Sambung kemas rumah. Tapi pegi Ikea pun best pasal dah dekat Damansara kan? 

Ahad : Pegi Nilai kot! Nak beli cermin besar. Owh ya, kat Nilai murah :) Jadi sementara kereta Babah masih ada dengan kami, lebih afdal kami ke sana :) 



Tuesday, May 15, 2012

Kontraktor Tak Guna - sambungan

Ingat post saye yang ini Kontraktor Hampeh

Korang serius jangan ambil orang nama Faizal, umur dalam 30an, alamat di Pandan Indah, tapi asal Kelantan. Hari tu masa beliau nak pasang tile, beliau terpaksa potong sket grill yang sedia ada kat rumah tu. So kena panggil orang grill la dan upahnya RM40. Dan selepas dah siap, kami bayar terus hoke RM40 tu. Dia kata orang grill tu kawan dia. Hampeh! Faizal penipu. Duit 40hengget aku pun ko nak amik. 

Rupanya dia tak bayar kat orang grill tu. Saya tahu bila budak grill tu datang and cakap tak terima duit lagi and budak tu ingat si Faizal adalah tuan rumah. Saye siap cakap kat budak tu, Faizal kata budak tu kawan dia. Dia kata dia tak kenal. Memang dasar penipu. Saye suruh budak tu call Faizal sebab memang saye dah bayar duit kat Faizal tu. 40 hengget je kot. Serius, aku tak miskin macam ko 40 hengget pun nak amik Faizal (aku tak takbur, tapi kenyataan). 

Tuppp Tuppp semalam En Suami cakap budak tu call, and cakap dapat no nie dari Faizal-Jantan-Tak-Guna tu. Budak tu cakap Faizal bagi no husband and minta duit dari husband saye. Saye memang sangat marah hoke. Ikutkan hati, memang nak message kat Faizal tu cakap ko tak guna, 40hengget pun nak amik. 

Korang mungkin akan suruh saye bersabar. Tapi memang sakit hati babe.

To Faizal. Ko memang tak guna. Aku memang tak halalkan satu sen pun duit yang ko amik dari kami, especially duit 40hengget yang aku boleh anggap sebagai ko curi dari kami. Serius, aku kesian kat ko, ko berniaga, tapi duit takde. Kalau ko takde duit, ko minta, tak perlu nak tipu duit orang. Serius, memang aku tak halal. Duit ko bagi anak bini ko makan, memang tak halal.

Sekian, Bye! 

I Hate Yuhhh! 

Thursday, May 10, 2012

Makanan Pertama Rumah Baru

Hi Semua! 

Ini makanan pertama saye masak masa mula-mula pindah di rumah baru. Hahaha! Nasi goreng jer senang. Cuma tambah udang galah laut tu. Beli masa balik Temerloh minggu sebelum tu. 


Nasi Goreng Udang Galah Laut!

Masa mula-mula kahwin dan duduk di Apt tu, makanan pertama saye masak ialah Nasi Goreng Cina. Hahaha masa tu makk nervousss hoke nak kasi suami makan. Sekarang??? Ada aku kesah sedap ke tak? Hahaha dia makan je :p 

Wednesday, May 9, 2012

Update: Rak Simpan Barang

Hi 

Berunifi di rumah sendiri. Hehehe baru kini berkesempatan nak update blog :) 
Ingat post ini Rak Simpan Barang? Ini saye tunjuk gambar selepas kemas. Hehehe 

Ini semua hadiah kahwin. Ada yang dah guna, ada yang belum. 

Ini pun ada yang belum susun lagi. Bilik bawah nie sekarang dah macam stor tak bertauliah dah. Hahaha dah hampir 2 minggu, rumah semua tak habis kemas lagi :) Kena panggil Bibik Xora datang tolong lagi nie. Hahaha!



Monday, May 7, 2012

Dapur

Supaya tidak berkubur, saye post sedikit gambar-gambar dapur yang saye fikir simple tapi praktikal juga.

1. Saye suka gas stove ini. Mungkin boleh consider untuk dapatkannya bila nak buat kitchen cabinet nanti. Jimat ruang juga. At least tak perlu ada 2 tempat untuk memasak dan oven. Tapi harga gas stove kat sini agak mahal la. lebih 1K hokeee. Pengsan!

http://pinterest.com

vintage!

mungkin boleh consider ini di ruang meja makan saye tu. 


Itu saje dulu.
Follow me on Pinterest.com/reenreem 

Bye!

Thursday, May 3, 2012

Dah Pindah - Yeayyy

saye amat yakin saye memerlukan motivasi untuk membuat kerja. saye kurang motivasi itu. HR, pls do something (eihhh!) 


Update rumah?

Alhamdulillah. Dengan rasminya 28 April 2012, kami sudah berpindah ke rumah baru! Yeayyy. Penat memang penat. Sehingga ini pun barang-barang tak habis kemas. Semua longgok kat bilik belakang, bawah tangga kotak sket, kat ruang atas penuh kain baju. Huwaaaaaaaa mak stresss hoke. 

Lagi stress pasal dapur ku comel lote. Eih rumah sewa dulu kecik juga, tapi pasal ada kabinet dapur, jadi stress kurang. Rumah sekarang kan takde. Yang portable tu mana muat. Jadi barang-barang yang memang tak pakai semua masuk kotak.