Showing posts with label Rak Dapur. Show all posts
Showing posts with label Rak Dapur. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Susun Atur Pinggan Mangkuk


As salam dan Hi, 

Susun atur rumah masih seperti sama, cuma saye ada tambah hiasan ini baru-baru ini. Post di sini Hiasan Baru weeeee. Untuk minggu lepas, saye pegi ke Daiso di Setia City Mall (best hoke mall ni, sila la pegi). Jadi saye beli tempat letak pinggan ataupun pengetus pinggan (drainer). Saye beli 2. Jadi kos nya hanya RM10 (1=RM5).



Saye tak gunakan sebagai pengetus pinggan (drainer), tapi saye guna untuk letak pinggan. Sebelum ni, saye simpan macam ni aje.

Friday, May 25, 2012

Sinki dan Rak

As salam dan Hi

Tahniah Nyomel sebab dah dapat rumah :) Selamat berpindah. Pindah rumah memenatkan hoke. Tapi seronok :)

Owh mengenai sinki ini?
masa nie belum pindah lagi 


Saye beli ini dekat kedai hardware biasa je. So saye cari yang dekat dengan rumah saye. So nanti just masuk jer kedai2 hardware yang jual macam-macam, dari barang untuk berkebun, tandas pun ada dan sinki pun ada. Make sure beli yang stainless steel. Tak ingat berapa saye beli untuk sinki dan rak biru tu. Tapi tak lebih RM150. Nanti bila sampai kedai, cuma tanya je pasal rak bawah tu. Saye tak suka sangat rak tu sebab nanti susun barang, nampak2 plak. Tapi takde pilihan kan. Plus, bajet mengekang. Jadi berpuas hati untuk ini dulu. Harap membantu Nyomel!

Wednesday, May 9, 2012

Update: Rak Simpan Barang

Hi 

Berunifi di rumah sendiri. Hehehe baru kini berkesempatan nak update blog :) 
Ingat post ini Rak Simpan Barang? Ini saye tunjuk gambar selepas kemas. Hehehe 

Ini semua hadiah kahwin. Ada yang dah guna, ada yang belum. 

Ini pun ada yang belum susun lagi. Bilik bawah nie sekarang dah macam stor tak bertauliah dah. Hahaha dah hampir 2 minggu, rumah semua tak habis kemas lagi :) Kena panggil Bibik Xora datang tolong lagi nie. Hahaha!