Showing posts with label Ikea. Show all posts
Showing posts with label Ikea. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

What's New in Our Home


Salam dan Hi 

Berhabuk yer blog? Hehehe Akan ku cuba sedaya upaya untuk mengupdate yer :) Sorry, kacukan bahasa berlaku :p Saye berada di zon bahaya kerana terlalu terlalu suka membeli barang sejak akhir-akhir ini. Sangat bahaya :) biasa la hujung tahun kan :) Hehehe

Anyway, ini yang baru untuk di rumah. Kami beli lampu baru untuk tempat makan. Ikutkan nak beli yang ada kipas sekali. Tapi so far mencari, takde yang suka. Since saye ni memang kemaruk sangat nak lampu kaler kuning, jadi alang-alang beli lampu baru terus (padahal boleh aje tukar mentol je kan). Tapi ada sebab tukar lampu meja makan. Sebab yang dulu tu panas. Memang sgt panas. Sebab ia direct ke atas kepala kita. Erm, korang tengok sendiri. 

Lampu sebelum ini. Boleh diubah kedudukannya.


Wednesday, May 9, 2012

Update: Rak Simpan Barang

Hi 

Berunifi di rumah sendiri. Hehehe baru kini berkesempatan nak update blog :) 
Ingat post ini Rak Simpan Barang? Ini saye tunjuk gambar selepas kemas. Hehehe 

Ini semua hadiah kahwin. Ada yang dah guna, ada yang belum. 

Ini pun ada yang belum susun lagi. Bilik bawah nie sekarang dah macam stor tak bertauliah dah. Hahaha dah hampir 2 minggu, rumah semua tak habis kemas lagi :) Kena panggil Bibik Xora datang tolong lagi nie. Hahaha!



Tuesday, April 24, 2012

Rak untuk Simpan Barang


Hi 

Tak sempat nak update apa-apa sebab sibuk memindah rumah. Pindah berdua memang memenatkan. Tapi jauhkan la hasutan2 syaitonnn sebab fikir kenapa takde orang tolong, walaupun dulu kite pernah tolong masa dia pindah rumah. Ooops! 

Sorry la, tak sempat nak transfer gambar juga. Entah mana la kabel camera pergi (owh, aku sungguh ada masalah dgn kabel ini). Jadi tunggu rumah baru masuk Unifi Sabtu nie (Yeayyy!). 

Jadi nak share 1 gambar ini aje. Saye telah berjaya menjumpai rak second hand Ikea ini. Saye beli di Junk Store dekat area rumah saye. Saye beli 2. Satu kitchen cabinet portable, satu lagi ialah rak simpan barang brand Ikea. Saye beli ini dengan harga RM200 je. Itu pun dah nego bagai. Nak beli baru memang tak mampu. 

Tuesday, April 17, 2012

Katil & Rod Langsir @ Ikea


Hi

Hampir 2 minggu lepas kami ke Ikea. Iye, tempat yang bagus untuk menghabiskan duit-duit yang masih ada. Tujuan pergi adalah untuk mencari idea untuk rumah dan juga membeli beberapa keping papan. DIY untuk tutup tangga. 
Sambil-sambil tengok juga katil Queen Size. Kebetulan kami ada extra 1 tilam Queen sebab kami ada beli yang baru. 

Saye paling suka ini. Nak pula harga murah juga. Tapi hold dulu. Kena masuk rumah dulu, kalau ada duit lebihan, baru boleh beli.