Thursday, June 28, 2012

Organizing: Ruang Penyimpanan


Hi

Terlalu mengagumi iHeartOrganizing. Cuba korang tengok.

Saye berjaya membeli rak ini dari Cosway.Murah sahaja. RM29.90+RP (rp kena minta ehsan dealer la :)


Berbelah bahagi la nak buat tempat simpan sabun/kelengkapan bilik mandi ataupun tempat letak botol kicap sos semua. Tapi rasanya, memang confirm la letak sabun :)

Saturday, June 23, 2012

Wish List


Hi 

Belum ada apa-apa yang saye perlu update untuk rumah setakat ini. Tiada apa yang berubah dan bertambah, masih sama. Tapi, ya, saye masih berhutang post mengenai Rak Ikea ini. Apa yang saye letak di rak tersebut? Nanti ok :)

Saye masih ada beberapa (sebenarnya banyak :p) barang-barang yang saye rasa perlu dibeli untuk membantu saye memperkemaskan lagi rumah baru saye ini. Kekangan DUIT haruslah menjadi punca kenapa semua nya tidak boleh dibeli sebelum pindah rumah. Duit yang kami simpan untuk persediaan rumah baik, baik dari membayar duit muka rumah, sehinggalah ke duit lawyer, duit repair rumah sket2, bina tembok tengah, kos pindah barang, pasang tinted, semuanya telah habis digunakan. Digunakan secara berhemah yer. Penting untuk ada simpanan untuk rumah. 

Thursday, June 21, 2012

Peti Sejuk & Tembikai


Patutnya beli peti sejuk ni

sumber: Google



Tembikai jangan lupa bungkus dengan plastik kalau dah potong. Ataupun potong kecik-kecik, letak dalam Tupperware.

sumber: Food Channel



Wednesday, June 20, 2012

Susun Dengan Kemas

Hi

From this



To this



Sumber: thriftydecorchick


Terus rasa semangat nak kemas peti sejuk kat rumah tu. Banyak benorrr plastik dalam tu.

Hehehe

Saturday, June 16, 2012

Renovate Dapur

Ikea

I wish!

Jiran saye baru dalam proses renovate dapur, extend ke belakang, alihkan toilet bawah. Harga, RM30K!


Sila pengsan. Owh, mana la mahuk kami cari duit banyak tu?

Bye!

Sunday, June 10, 2012

Laman Ku Nan Indah - sambungan tokkkkk

As salam dan Hi

Bersambung dari post ini, kami ke Sg Buloh. Tak pergi jauh, cuma pergi kedai2 kat tepi jalan. Ada orang kata, kalau masuk ke dalam sket, lebih murah. Tapi memikirkan kami nak beli pun tak banyak, so memadailah di tepi2 aje. Jadi kami beli lagi batu-batu putih. 
5 beg lagi kami beli. Harga murah sket, RM15. Kalau yang batu hitam tu, memang mahal la. 1 beg RM30. Mula-mula nak beli jugak, tapi memikirkan, itu hanya untuk naikkan seri je, kami hold dulu. Sambil2 tu, saye beli juga pokok2 :) Pasu dia, 3 RM10. 


masih byk ruang kosong. tapi poket pun dah kosong.
jadi cukuplah itu dulu yer.