Friday, March 2, 2012

Belum Selesai


As salam dan Hai

Ketika menulis entri ini, rumah kami boleh dikatakan 70% sudah siap. Saja nak tunjuk gambar-gambar rumah dalam work in progress. Rumah kami beli ini rumah 2nd Hand. Itu aje yang termampu dan lokasi di Puchong. Seronok bila ada rumah sendiri. Kami beli dengan hasil titik peluh selama kami bekerja. Pelbagai dugaan kami harungi untuk memastikan rumah ini milik kami. Entah kenapa, laluan kehidupan kami agak mencabar selepas kawen. Owh tidak. Kami tidak punya masalah, cuma kami tidak bernasib baik seperti orang lain. Tapi kami tetap bersyukur. Bersyukur sangat sebab apa yang kami inginkan, kami dapat walaupun tempoh masa itu agak lama!

Major renovation yang kami buat hanyalah proses penukaran pintu rumah di bahagian depan kepada tingkap. Rumah kami pelik sket, tiada tingkap. Cuma ada 1 pintu dan sliding door. Jadi lepas nie nak masuk rumah, ikut sliding door la. Kami mempunyai perancangan yang lebih baik untuk sliding door di masa akan datang. 


Jom tengok gambar jer. Post akan datang akan disertakan dengan gambar yang SELEPAS PULA. 

Tile untuk Bilik Air 






Pintu yang dijadikan tingkap




Proses Mengukur Tingkap 




Jumpa lagi! 

2 comments:

fika79 said...

Reen, ater slow2.i dulu pun beli umah seond..tp balik ni cam rassa nak jual lak..nt ada duit lbh skit nak beli umah baru lak..baru2 kahwin mmg byk cabaran sbb byk benda nak bina baru..hihi

Reen Tart Nenas said...

hehehe tak baru dh fika lama dah setahun. ok, bila inai dah abes maknanyer dah lama. hehehe tu la kan, semua pun nak. alhamdulillah now pun dah byk yg settle (nasib baik!)