Tuesday, July 17, 2012

Mana Nak Simpan

Tiada update.

Sebab? Malas. Hahaha

Tapi ada soalan. Macamana yer korang simpan lada kecil / halia / kunyit / lengkuas?
Saye tengok, walaupun di simpan dalam peti ais, pasti nanti dia mcm buruk jugak. 
Kalau letak di luar peti ais, lagi la kan. Mungkin korang ada tips ke nak share. Stress jugak setiap kali guna nak kena beli. Lagipun bila kite beli kan, macam dalam paket kan.


Lagi satu kalau kelapa parut. Pernah tak korang beli, pastu after 2 days baru guna? Sebab saye penah simpan la, tapi bila nak guna dah berbau masam dah. Saye tak simpan kat tempat frozen, cuma simpan di bahagian sayur sahaja.

Pastu kalau cili kering + bawang yang korang dah kisar tu korang simpan kat mana? Ye lah kadang2 buat stok kan. Bila nak masak, senang la xperlu nak sediakan. Macam saye simpan di dalam fridge biasa tu je. Ok tak korang rasa? 

Harap boleh kongsi cara-cara nak simpan bahan2 tersebut :)






9 comments:

me said...

Hi reen,

Kalau yg halia limau nipis bnde2 kering tu saye letak dalam plastic container & bag zip ikea jek..pastu susun elok2 dalam tempat sayur dlm fridge....

Kalo kelapa saye just pkai dalam kotak kuning kiut2 tu jek, if beli yang parut memang kne frozen kan if nak tahan lame....

Bawang pun saye blend siap2 and letak dalam peti ais, tapi just untuk pakai seminggu jek...if lame2 nanti die start masam dah...Saye just simpan dlm fridge biase jek

Hope this can help dear :)

Unknown said...

Reen..for chilli i asingkan merah n ijau kt dlm zip lock and put in freezer.dh setahun dh cili i tu.haha.blk setahun sekali br beli.so far ok:)yang penting bekas cili tu kedap udara so chilli x kering.
kelapa parut if u nk simpan must in freezer la syg.sblm gune thaw dulu.
cili kering+bwg blended i letak kt chiller je layered with thin layer of oil on top:) bole thn dlm sebulan.selamat mencuba!:)

Bushra Tajuddin said...

Lada kecil/halia/kunyit/lengkuas yang simpan dalam peti ais tu, reen balut dengan suratkhabar tak? Kalau balut suratkhabar, insyaAllah tahan lebih lama.

Utk kelapa parut xde experience lak.

Cili kering + bawang yang dah dikisar, simpan je kat dlm peti ais. So far, i buat tahan lama jugak.. :)

Unknown said...

umie slalu klu cili2 n brg bsah.. beli 3 atau 4ari skali.. xleh beli byk2.. kang busuk...

halia + bwg putih + bwg merah

kunyit hidup/lengkuas.. buh dlm tmpt sayur..

klpe parut simpan ats, beku kan.. pastu nk gune nnt rendam ngn air pns.. so klape prut leh simpan lme.. :)

cili kering dh blend umie simpan kt bwh je... wat la dlm 1bekas sdrhana.. wat mse ni xpnh bau msm lg.. :)

Reen Tart Nenas said...

dear all: thanks for sharing. nampaknyer ada yang sama, and ada juga yg saye kena improve sket. hehehe

ok noted kelapa parut lepas nie kena letak kat freezer.

x penah ada zip lock. slalu letak dlm Tupperware je. Tapi kenapa ntah, kalau dlm tupperware pun nanti mesti kat dalam tu basah gak (utk cili la). maybe kena standby zip lock la lepas nie.

lagipun nak puasa kan, rasa macam nak blend je bahan siap2. at least xde la kelam kabut balik kerja nak masak :)

thanks semua :D

Xora said...

beta mencemar duli hokkey


soalan
1. Macamana yer korang simpan lada kecil / halia / kunyit / lengkuas?

Lada kecil jgn tanggalkan tangkainya, aku experiment cili yg belum tanggal lebih tahan lama daripada yg dah ditanggal. aku simpan cili dalam bekas plastik gak, tapi bekas tu lapik dgn tisu serap minyak. aku takde reason aku bt cam tu, saje, spaya warna cili tu menyerlah.. pesal? tak boleh? sukati aku. tapi mak aku simpan cili, dia letak dalam beg goodies bag kenduri kawin tu, n tahan lama dan cantik gak.

kunyit aku pakai serbuk dan aku tak rela, tapi takde pilihan, pasal jarang-jarang guna dan aku pemalas. lengkuas jarang guna juga, so tak simpan. kalau nak aku amik sikit dr mak aku--eh?

halia aku potong sikit demi sikit bahagian yg aku nak dan aku simpan dalam bekas plastik Ikea *saje point ikea pasal option kedua daripada tupperware.

2. Lagi satu kalau kelapa parut. Pernah tak korang beli, pastu after 2 days baru guna?

tak guna kelapa parut hoi. jadi tak simpan.

3. Pastu kalau cili kering + bawang yang korang dah kisar tu korang simpan kat mana?

cili kering aku masak bila nak guna aje pasal dz tak makan pedas sgt, so aku simpan cili kering dalam beras, tahan lama dan cantik. bila nak guna aje baru potong dan rebus. daripada berkulat dalam peti ais, baik ku buat cam tu.

aku tak simpan kisaran cili dan bawang pasal aku rasa cam ada perbezaan rasa dengan yang simpan dan yang buat on the spot. rasa manis bawang masih ada pada yang segar, banding yg dah simpan.

lagi satu, kalau ko nk simpan kisar cili, berbanding ko letak dalam peti ais, ko ada option utk frozenkan dalam saiz kiub ais dan gunakan bila nak aje. macam aku sediakan puri bubur dyzhwar. tahan lebih lama.


ok dah reply haha.

Unknown said...

btw reen, unknown tu is me..haha..lupe nk sign in smlm.lol XP

Reen Tart Nenas said...

xora: ko x aci, seme amik umah ibu

wani: hehehe thanks wani! yg cili tu letak minyak sket la eik?

famzmhj said...

ada satu petua untuk simpan kelapa parut. tapi tak ingat ambik kat mana. huhu.

Petua untuk kelapa tahan dan tidak basi,

Setelah kelapa di parut, gaulkan dengan sedikit garam dan masukkan di dalam bekas/loyang. Kukus selama 7-10 minit. Setelah itu sejukkan dan barulah boleh di simpan di dalam peti sejuk bahagian beku.

Bila nak di gunakan hanya tinggal defrost atau keluarkan lebih awal.