Sunday, June 10, 2012

Laman Ku Nan Indah - sambungan tokkkkk

As salam dan Hi

Bersambung dari post ini, kami ke Sg Buloh. Tak pergi jauh, cuma pergi kedai2 kat tepi jalan. Ada orang kata, kalau masuk ke dalam sket, lebih murah. Tapi memikirkan kami nak beli pun tak banyak, so memadailah di tepi2 aje. Jadi kami beli lagi batu-batu putih. 
5 beg lagi kami beli. Harga murah sket, RM15. Kalau yang batu hitam tu, memang mahal la. 1 beg RM30. Mula-mula nak beli jugak, tapi memikirkan, itu hanya untuk naikkan seri je, kami hold dulu. Sambil2 tu, saye beli juga pokok2 :) Pasu dia, 3 RM10. 


masih byk ruang kosong. tapi poket pun dah kosong.
jadi cukuplah itu dulu yer. 


Sebab beli banyak juga (eih byk ke), dapat la pokok free satu. Makk kalau minta free nie memang laju jer dek nonnn. Siap dapat 2 tin air coke free lagi. Hehehe sukaaa. Jadi untuk taman hati kami tu, batu2 putih tu, hampir 8 beg (tak ingat la exactly) dan 1 batu grey. Sebenarnya ada ruang kosong lagi, tapi sebab kami dah habis almost rm200 kat dua2 nursery tu, kami cukuplah dengan apa yang ada. Owh ya, masa di Sg Buloh, kami beli net hitam tu skali. Mahal juga harga untuk semeter tu. Kami beli 3 meter, dan orang kedai tu bagi extra sket. Tujuan net hitam tu, supaya xde la tanah tu terkeluar bila kita pijak2 batu tu. Lagipun mengurangkan rumput tumbuh dengan hebatnya. Sepatutnya, akak nursery tu cakap, kena racun dulu, then baru buat landskap. Tapi pasal kami tak sabo dan serik takut kucing mati sebab tercekik racun, jadi kami proceed jer. Sehingga entri ini ditulis, dah ada rumput tumbuh sket2. Tapi kami cepat2 cabut la :) 

Okay, tengok gambar je la. Saye tunjuk step by step nie. Jadi, sila lah! 

Pasu 3 = RM10, pokok tu tak ingat harga berapa.
Pokok yang renek tu, saye suka sgt. So dapat free :)


Kite susun net hitam dulu, then letak tempat pijak tu
(Harga tempat pijak tu lebih murah di Sg Buloh, dan byk pilihan! *Nyesak beli awal)
 



susun pasu bunga 


susun la batu. ini paling mencabar sbb kena tunduk2 dan rosak kuku makkk! 

muka Tuan Tanah yg makin mok mok 

Selepas tu kami sambung kat laman belakang plak. Tapi kami takde la bersihkan beria sebab dah tak larat. Hahaha. So Encik B cuma tanamkan daun pandan dan pokok serai. Alhamdulillah! Dah hidup subur pun :) Encik B cangkul sket2 la untuk terangkan lalang tu. Kena tunggu bangla datang lagi untuk suruh dia mesinkan. 

kite cangkul tempat nak tanam je la yer 


Hi! Nama saye Serai! 


Hi! Saye Pandan! 


Rancangan akan datang nak beli Pagola. Tapi mungkin kena tangguh sebab kos nya agak mahal, ribuuu noksss. Dari beli Pagola, baik saye buat tembok kat belakang. Oleh itu, kami mungkin beli meja kecil jer. Hari tu pegi Ikea ada jumpa. Harga pun tak mahal sangat. Mungkin nak pergi sana lagi.

Bye!


10 comments:

Xora said...

hai mok.. hahha.. wei amik kontrak tak rumah aku? aku tak reti la tanam2 ni..

Reen Tart Nenas said...

xora: demmit. upah ai mahal. kauuu mampu bayooo? lalala

Xora said...

hengkau hengat hengkau selebriti "cantik tak cantik tak cantik tak.."..
apa tagline ko pompuan?

Reen Tart Nenas said...

xora: apa celopppp??? ye lah2. demmittttt

hazlynda kushairi said...

Ape celop????????

Ohoiiii.... dulu aku pun selalu beli kat sg buloh sbb tu je yg dekat haha eh, batu byk jugak nak kene gune ek?

Baru nak tiru idea tp memandangkan tu rumah sewe, ala kadar dulu HAHA ;P

Reen Tart Nenas said...

kalau umah sewa ala kadar sudah. nanti penat hoiii nak ngangkut batu2 tu semula

hazlynda kushairi said...

itulah. budget nak tanam je, takmo bazir beli batu. drpd aku letak kat umah sewa baik beli letak kat kubur arwah nenda.

tapi bile pindah amek sikit pokok nak tanam sane pulak hahaha gile kedekut. tp 2 thn lg nak tunggu :(

Reen Tart Nenas said...

yg kat tempat nenda tu beli yg kecik sket. yg tu mama letak kat kubur arwah babah tu :)

ala, tanam jer. mcm la larat nak angkut balik pokok2 tu nanti. pasti ko akan tinggalkannyer lynda!

Amnah Shurfa said...

Good job on your garden! Sounds like you had fun!

Reen Tart Nenas said...

amnah: thanks a lot. it was a relief when everything is settle :)